Lawatan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dan Darussyifa’ Cawangan Kelantan

Kuang, 30hb. Mei, 2011 (Isnin). Pusat Rawatan Islam Manarah, BUDI telah menerima kunjungan rasmi dari Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan dan Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan. Program yang bermula 11:30 pagi itu telah disertai seramai 125 orang ahli rombongan dengan 3 buah bas dari Kelantan Darul Naim telah disambut oleh Yang DiPertua dan AJK BUDI. Program diisi dengan ucapan alu-aluan Timbalan Pengurus Pusat Islam USM, YBhg Dr Hj Wan Nudri. Program seterusnya disambung dengan Taklimat Kaedah Rawatan Pusat Rawatan Islam Manarah oleh Pengasas dan Pakar PRIM, Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi dan disusuli demonstrasi rawatan oleh beliau. Sebagai menghargai dan mengalu-alukan kehadiran tetamu pihak PRIM/BUDI menjamu tetamu dengan Hidangan Nasi Beriyani Ayam. Majlis turut disertai oleh ahli BUDI seramai 50 orang. Program berakhir pukul 3.00 petang dengan menyerahan cenderahati daripada pihak Pusat Islam USM Kubang Kerian oleh Timbalan Pengurus kepada YDP BUDI. Semoga kunjungan dan lawatan mengeratkan hubungan ukhuwwah dan memberikan kefahaman berhubung kaedah dan proses rawatan yang disajikan kepada masyarakat Islam seluruhnya.

About these ads

Posted on May 31, 2011, in Pusat Rawatan Islam MANARAH, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Dr Jahid Sidek

Mantan Prof Madya Pensyarah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan APIUM

MANARAH

Pusat Rawatan Islam Manarah

PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

sekitar aktiviti dan dakwah dalam dan luar negara NGO Islam di Selangor, Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,141 other followers

%d bloggers like this: