LAPORAN SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH 2011 MIRI, SARAWAK

LAPORAN SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH 2011 MIRI, SARAWAK

Seminar ini telah diadakan pada 24 September 2011 bertempat di Kelab Rekreasi Petroliam Lutong, Miri bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Penyertaan seminar adalah terbuka dan percuma kepada seluruh masyarakat Islam Miri. Beberapa surat jemputan khusus juga telah dihantar seperti ke sekolah, Jabatan Agama Islam Sarawak, Polis Diraja Malaysia dan beberapa jabatan kerajaan yang lain. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mendapatkan kefahaman dalam usaha menangani amalan-amalan khurafat dalam perubatan.

Pendaftaran program dibuka seawal jam 8.00 pagi . Dua tempat mendaftar telah disediakan untuk lelaki dan perempuan. Para peserta dikehendaki menulis nama, nombor telefon dan email semasa mendaftar dan peserta diberi kertas kerja, brosur Persatuan Bina Budi dan borang maklumbalas program. Seramai 120 orang telah mendaftar sebagai peserta.

Program bermula pada pukul 8.35 pagi dengan ucapan alu – aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Ustaz Ahmad Naja’ b. Mokhtar . Seterusnya Pengerusi Majlis memperkenalkan kepada hadirin mengenai Persatuan Bina Budi Malaysia dari segi tarikh penubuhan, aktiviti dan sebagainya dan disusuli dengan tayangan video aktiviti persatuan. Sebelum pembentangan dimulakan pengerusi memperkenalkan latar belakang pembentang kertas kerja Yang Berbahagia Tuan Guru Dr. Syeikh Hj. Jahid b. Hj. Sidek al – Khalidi.

Tuan Guru mula membentangkan kertas kerja bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Setelah itu, para peserta diberi peluang untuk bertanya kepada Tuan Guru berkaitan kefahaman kertas kerja atau apa – apa masalah berkaitan sihir.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh penyelaras program Ustaz Syahrun bin Yahya kepada Tuan Guru sebagai tanda penghargaan dari urusetia dan para peserta program. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengurusan dan penyertaan yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

ANALISA MAKLUMBALAS PESERTA

Pihak urusetia telah menerima 60 borang maklumbalas dari peserta . Keseluruhan maklumbalas yang diterima, peserta amat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Berikut adalah antara cadangan yang diberikan :

  1. Memanjangkan masa program hingga ke petang.
  2. Mengadakan demonstrasi cara perubatan.
  3. Memberi peluang kepada peserta membuat rawatan.
  4. Mengadakan seminar di dewan curam(teater) supaya mudah lihat penceramah.
  5. Membentangkan bentuk – bentuk tangkal azimat masakini.
  6. Menyediakan jamuan rehat.
  7. Menyediakan masa rehat.
  8. Menganjurkan program dengan Jabatan Agama agar dapat disebarluaskan.

Yang benar ,
Ustaz Syahrun bin Yahya
Penyelaras Seminar Kefahaman Aqidah 2011
Miri, Sarawak.

Posted on October 2, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Dr Jahid Sidek

Mantan Prof Madya Pensyarah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan APIUM

MANARAH

Pusat Rawatan Islam Manarah

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

sekitar aktiviti dan dakwah dalam dan luar negara NGO Islam di Selangor, Malaysia

%d bloggers like this: