Diskusi Ilmiah Berkaitan Ilmu Sihir

http://www.islam.gov.my/diskusi-ilmiah-berkaitan-ilmu-sihir

Diskusi Ilmiah Berkaitan Ilmu Sihir

Tarikh : Oktober 7, 2011 – 9:27pm
Editor : mohdrizal

7 Oktober 2011 (Jumaat) – Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah mengadakan Program Diskusi Ilmiah berkatian dengan Sihir di Auditorium Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar.Seramai 410 orang peserta dari pelbagai agensi dan jabatan telah menghadiri program.Turut Hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) Encik Mohamed Zahari bin Razali dan Ustaz Hamdan bin Jar’ee selaku wakil Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak.Ceramah ini telah disampaikan oleh Y. Bhg Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek (Yang di Pertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia) dan Y.Bhg. Dr Mahyudin bin Ismail Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Pahang (IKIP).

This slideshow requires JavaScript.

Published by Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia atau singkatannya BUDI telah ditubuhkan pada tanggal 07hb Jun, 2007 dengan no. pendaftaran 0701-06-SEL. BUDI tersenarai sebagai salah sebuah NGO Islam yang aktif dan berkembang serta bergerak di arena dakwah Islamiyah, kesedaran, rawatan spiritual Islam, motivasi, kebajikan, pemulihan ar-riqab dan bimbingan kepada seluruh masyarakat Islam di seluruh Malaysia. Keahliannya meliputi seluruh lapisan masyarakat Islam dari taraf pendidikan dan pekerjaan. Persatuan juga mendapat sumbangan kewangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menjalankan sebahagian aktivitinya.

Leave a comment