ASTANA BUDI

Logo Astana Budi baru
Gerbang Astana Budi 2015

ALPA ISTANA BUDI1 ALPA ISTANA BUDI2 ALPA ISTANA BUDI3 ALPA ISTANA BUDI4 ALPA ISTANA BUDI5 ALPA ISTANA BUDI6

Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ASTANA BUDI” adalah merupakan hasil cetusan ilham dan idea serta diasaskan oleh Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi. Beliau merupakan Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) juga Pengasas serta Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH (PRIM) pada tanggal Khamis, 23 Julai, 2009 bersamaan 01hb Syaaban, 1430H di Dewan BUDI disokong dan disepakati oleh semua ahli BUDI.

Pemandangan Luar Istana Budi

Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ASTANA BUDI” adalah bernaung di bawah NGO Islam ialah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (0701-06-SEL) yang aktif berdakwah kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Selangor dan umumnya di seluruh Malaysia. Berbekalkan kewibawaan kepimpinan dan ahli BUDI yang mantap dan berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan perkembangan Islam, BUDI istiqamah dalam menjana kebaikan dan manfaat kepada umat Islam melalui visi dan misinya tersendiri.

Dormitori

Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi tersebutlah Yang DiPertua BUDI terdorong untuk melibatkan diri bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk menyediakan sebuah pusat bertujuan bagi melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV lelaki yang beragama Islam. Pesakit-pesakit HIV lelaki yang sebelumnya berada di bawah perlindungan pusat-pusat kelolaan pihak Gereja KristianCetusan Idea dan ilham Yang DiPertua BUDI tersebut telah mendorong dan menaikkan semangat ahli-ahli persatuan untuk bekerjasama dan mengembeling tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk menjayakan hasrat murni tersebut menjadi kenyataan.

Dewan Makan

Alhamdulillah, setakat hari ini pihak kami telah berupaya menyiapkan infrastruktur dan pelbagai kemudahan asas yang amat membanggakan dalam masa yang amat singkat. Pihak Persatuan BUDI amat menghargai bimbingan Lembaga Penasihat sebagai badan induk yang membuat polisi dan dasar serta memantauan ke atas Astana BUDI tersebut. Pihak BUDI juga amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh dalam membantu pihak kami agar dapat melaksanakan impian murni ini.
Ruang Dapur

Perlantikan dan pembentukan Kumpulan Pengurusan oleh Lembaga Penasihat telah dilaksanakan untuk mengurustadbirkan Astana BUDI agar sempurna dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan diketuai oleh Pengurusnya iaitu YBhg Tuan Hj Idris bin Hj Hussin yang berpengalaman luas dan lama dalam bidang perubatan bersama 12 orang yang lain 1 Penolong Pengurus, 1 Penyelia, 2 Jururawat, 2 Pembantu Am Kebersihan, 2 Tukang Masak, 2 Pemandu, 2 Perawat Islam, Pekerja Sukarela.

Dewan Solat

Pada tanggal 26hb Ogos, 2009, (Rabu) walaupun Astana BUDI belum siap sepenuhnya, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar seramai 08 orang pesakit HIV yang dipindahkan daripada Pusat Welcome Comumunity Home, Batu Arang ke Pusat Perlindungan Istana BUDI.

Bangunan “user friendly” 2 tingkat Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ASTANA BUDI” dalam perancangan akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan dan infrastrukturnya dengan anggaran kos melebihi RM150,000.00. Ianya berkeluasan lantai 10,000 kaki persegi. Ianya dirancangkan mampu menampung 30 hingga 40 orang penghuni/pesakit HIV dalam satu-satu masa. Bangunan Istana BUDI menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

Tingkat Bawah (Bangunan Induk):
Terdapat kemudahan-kemudahan yang berikut:
1. Kaunter Pertanyaan / Penyambut tetamu dan ruang tetamu
2. Stesen Jururawat
3. Bilik Klinik : Jururawat / Rawatan dan Dispensari
4. Wad Pesakit (menampung 10 orang pesakit kurang upaya berjalan)
5. Dewan Makan
6. Ruang Rehat / Multimedia
7. Musolla / Ruang Solat
8. Kawasan Rawatan Khas
9. Tandas dan Bilik Air / Mandi (Dengan Railing Khas untuk orang kurang upaya)
10. Tempat Parking Ambulan / Van Khas (trolley dan wheel chair disediakan)
11. Tempat membasuh pakaian / Mesin Basuh
12. Ruang Latihan Jasmani (senam robik)
13. Alat terapi bantuan berjalan

Tingkat Atas (Bangunan Induk) (sementara pembinaan Fasa 1 disiapkan)
1. Pejabat Pengurusan Istana BUDI yang lengkap
2. Dapur / Tempat penyediaan makanan dan minuman
3. Ruang Serambi yang luas (18” x 48”)
4. Stor utama
5. Tandas dan Bilik air / mandi
6. Bilik Rawatan
7. Enam Bilik dan Tiga Dormitory yang luas boleh menempatkan 30 pesakit)

Ruang Pejabat Pengurusan

Adalah menjadi hasrat Pihak Pengurusan Astana BUDI agar menjadi kebanggaan Umat Islam dan mampu bersaing serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik, terancang dan berkualiti bagi pesakit-pesakit HIV. Harapan Astana BUDI, semoga sentiasa menyokong dan berdoa bersama-sama dan memberikan pelbagai sumbangan dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti.

Sila lawati laman

http://www.astanabudi.wordpress.com atau http://www.facebook.com/astanabudi

http://www.twitter.com/astanabudi untuk maklumat lanjut.

  1. saya norjimi dari Sinar Harian.
    Saya sedang menyiapkan rencana mengenai pesakit HIV dari golongan wanita (tua) untuk tatapan dan pedoman.

    Saya memerlukan 3 orang untuk temuramah.

    Sebarang masalah sila hubungi saya.

    019- 3469567

    terima kasih

  2. Bagus lah ada penempatan
    Untuk golongan ini.mcm teringin je nak join xtvt
    Untuk golongan2 nie

  3. Saya salah seorang pesakit HIV kronik yang baru 8 bulan mengikuti rawatan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi menjaga org yg senasib dgn saya. Kalau dulu x tempat macam ni selain gereja. Syukur skrg dah ada tempat utk org islam. Kalau dulu budak2 islam yg tinggal kat gereja dok ajak kawan2 utk ikut tinggal kat gereja Tapi sekarang dah ada Istana Budi tak perlu lg budak2 islm dok kat gereja. Semoga Allah berkati usaha anda semua.

  4. rosemawatizainal

    berapa kos bayaran utk dptkan rawatan untuk pulihkan kaki judi. Harap tuan dpt maklumkan kepada saya samada pesakit ini perlu tinggal utk berapa lama

  5. Selamat pagi..
    saya nak bertanya ada tak rawatan untuk pulihkan ketagihan dadah utk pesakit hiv untuk tinggal di sini

    • Assalamualaikum Encik Azlan Sharif, terima kasih kerana sudi menghubungi pihak kami. Insyallah bagi rawatan pemulihan ketagihan dadah disediakan di sini namun tiada disediakan tempat tinggal. dengan syarat penagih yang ingin dirawat dan bersedia berubah, dengan erti kata ingin bertaubat nasuha. Untuk rawatan HIV pula dikhaskan kpd mereka yang dipilih dan berjaya temuduga untuk tinggal di Pusat perlindungan HIV Istana Budi. untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.istanabudi.blogspot.com

  6. Tahniah Astana Budi, teruskan memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Dr Jahid Sidek

Mantan Prof Madya Pensyarah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan APIUM

MANARAH

Pusat Rawatan Islam Manarah

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

sekitar aktiviti dan dakwah dalam dan luar negara NGO Islam di Selangor, Malaysia

%d bloggers like this: