YANG DIPERTUA

BIOGRAFI RINGKAS

 YBHG DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK

(B.A., M.A. dan Ph.D. Universiti Malaya)

Yang Berbahagia Dr Hj Jahid bin Hj Sidek dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu (Kebangsaan) dan Tamat Darjah 6. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Kerajaan Johor sampai Darjah Khas dan menerima Sijil Darjah Khas yang melayakkannya untuk menjadi Guru Agama di Sekolah-sekolah Agama Johor pada tahun 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Batu 1 Jalan Mersing, Johor (dari tahun 1956 hingga 1958). Awal tahun 1959 beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya, Klang dan mendapat Sijil Tertinggi Kolej Islam pada 1963.

Pada awal tahun 1964 beliau mula berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Menengah Inggeris Jasin Melaka sehingga bulan Mei, 1968. Pada awal tahun 1969 beliau mengajar di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada awal bulan Mei, 1969. Pada Tahun 1972 beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana (M.A.) dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah peringkat Kedoktoran (Ph.D.) daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Tasawwuf.

Pada awal bulan Januari, 1972 beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Johor. Pada tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera Universiti Malaya. Pada Tahun 1994 beliau dipindahkan bertugas di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya sehingga beliau bersara pada akhir tahun 1995. Pada tahun 1993 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya sehingga beliau bersara.

KEGIATAN DAKWAH

Beliau telah giat mengajar di masjid dan surau di sekitar Lembah Klang mulai dari akhir tahun 70 an lagi. Kegiatan Dakwah yang dilakukan makin rancak apabila beliau berhijrah daripada Petaling Jaya ke Kampung Melayu Sri Kundang. Di Kampung yang baru dibuka, beliau bersama-sama penduduk Kg Melayu Sri Kundang telah mendirikan sebuah surau yang kemudiannya dinaiktaraf sebagai Masjid An-Nur, Kg Melayu Sri Kundang. Beliau juga pernah menjawat sebagai Nazir atau Pengerusi di Masjid tersebut selama 15 tahun. Di samping itu beliau telah mengasaskan Sekolah Agama Rakyat yang diberikan nama Sekolah Agama Rakyat An-Nur. Sekolah tersebut telah diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 1998 dan sekarang menjadi Sekolah Rendah Agama di bawah JAIS. Mulai tahun 1993 beliau meningkatkan kegiatan dakwah ke beberapa buah negeri di Malaysia termasuk di negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Di Johor Bahru beliau mempunyai sebuah Madrasah iaitu Madrasah Babul Khayrat yang terletak di Jalan Suka, Kg Melayu Majidee, Johor. Di Kuantan juga beliau ada sebuah surau yang terletak di Kampung Chempaka Batu 17 Jalan Kuantan-Pekan berdekatan dengan Penjara Pernu yang diberi nama Madrasah Manaratil ‘Ilmi.

Dakwah beliau lebih tertumpu kepada Ilmu Tasawwuf dan Tarekat. Beliau juga belajar dan beramal dengan tiga aliran tarekat iaitu Naqshabandiah Khalidiyyah, Ahmadiah dan Qadariyyah.

Beliau telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007.

Untuk meluaskan bidang dakwahnya, beliau telah membuka Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM). Kaedah rawatan yang digunakan dikenali sebagai Kaedah Refleksologi Islam yang jarang dilakukan oleh pengamal-pengamal rawatan tradisional secara Islam. Pusat Rawatan Islam Manarah ini juga telah berkembang luas dengan tertubuhnya beberapa cawangan di seluruh Malaysia seperti di Johor Bahru, Batu Pahat, Kuantan, Dungun, Kuala Terengganu dan Miri. Pusat Operasi PRIM terletak di Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Rawang Selangor Darul Ehsan.

Dalam perubatan Tradisional Islam beliau telah berjaya mendirikan sebuah Pusat Perlindungan Penjagaan dan Rawatan para pesakit HIV yang beragama Islam dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pusat tersebut dikenali sebagai Istana Budi yang sekarang telah menempatkan 20 orang pesakit. Perlu disebutkan mungkin pusat perlindungan inilah yang mula-mula ditubuhkan yang seumpamanya di Malaysia. Pusat perlindungan ini sangat menarik perhatian ramai terutamanya perkara yang berkait dengan rawatan refleksologi Islam yang digunakan untuk merawat pesakit di samping perubatan moden. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Pemulihan Ar-Riqab oleh Majlis Agama Islam Selangor atas kesungguhan dan kegigihan tersebut.

Beliau telah dilantik sebagai Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dalam Bidang Perubatan Islam daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 19hb September, 2012

Dalam bidang dakwah juga beliau boleh dikatakan hampir setiap malam mengajar di Masjid dan Surau terutamanya di Lembah Klang begitu juga di Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di siang hari. Beliau juga ada mengajar tempat-tempat yang jauh seperti di Johor, Muar, Kuantan, Sarawak dan lain-lain.

Beliau juga sering mengadakan seminar mengenai Ilmu Tasawwuf dan Tarekat juga mengenai Rawatan Tradisional Islam. Berpuluh-puluh kertas kerja telah dihasilkan mengenai tasawwuf dan tarekat juga mengenai Rawatan Tradisional Islam. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam, Membentuk Jiwa Sufi dan lain-lain. Sekarang beliau sedang menyiapkan 2 buah buku yang pertama mengenai Perubatan Refleksologi Islam dan kedua mengenai permasalahan Adab di Dalam Ilmu Tasawwuf.

Beliau telah aktif menulis di akhbar dan majalah sejak berusia 17 tahun lagi dan artikel Majalah Warta Jabatan Agama Islam Johor Majalah al-Islam, Anis, Pengasuh sehingga ke Akhbar Utusan, Kalam.

Beliau bersama murid-muridnya telah menubuhkan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) yang telah didaftarkan tahun 2006 dan telah disenaraikan sebagai NGO Islam yang telah menerima geran tahunan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Selain daripada geran bantuan bulanan untuk penyelenggaraan Pusat Perlindungan Istana BUDI yang terletak di Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Selangor Darul Ehsan.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Beliau mempunyai seramai 15 orang anak daripada 4 orang Isteri. 2 orang anak beliau telah Berjaya menjadi Doktor Perubatan, seorang daripada anak beliau telah berjaya menjadi Pakar Bedah di Hospital Sg Buloh dan seorang di Hospital Putrajaya dan seorang penuntut tahun 3 bidang perubatan di Universiti Iskandariah Mesir. Seorang Ph.D. di Bidang Kejuruteraan Elektrikal United Kingdom. Isteri yang pertama Ustazah, Isteri kedua, Doktor Perubatan (telah berhenti kerja) Isteri ketiga Charted Akauntan (Telah berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan sendiri) dan isteri yang ke empat seorang Hafizah.

SENARAI KERTAS KERJA TASAWWUF@SUFI@TAREKAT

  1. (01 Disember, 2012) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 3, Tajuk: “FANA’, YAQAZAH DAN KASYAF” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
  2. (05 FEBRUARI, 2012) Maulidur Rasul 1433h, Tajuk: “USWAH HASANAH; CABARAN DALAM TA’ALIM, TARBIYYAH DAN TARQIYYAH”, Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah Seremban Kerjasama: Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah Kg Pondok Rasah Seremban.
  3. (03 Disember, 2011) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 2, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT DAN MASALAH DALAM PENGAMALAN ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
  4. (24 Julai, 2011) Seminar Kefahaman Tarekat Tasawwuf, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP PENTING ILMU TAREKAT” Anjuran: Qolbu Solehin Consultancy, Tempat: Kompleks Perpaduan Kamunting, Kg Expo Kamunting Taiping Perak Darul Ridzuan.
  5. (14 Mei, 2011) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 1, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP DALAM ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
  6. (20hb Februari, 2011) Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H, Tajuk: “MENCINTAI RASULULLAH S.A.W”. Anjuran: Madrasah Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah.
  7. (25 – 26 Mac 2007) Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir, Tempat: Dewan Abbasiah Kaherah, Mesir.
  8. (22 Disember, 2007) Seminar Tasawwuf Negeri Sembilan 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tempat: Allson Klana Resort Seremban.
  9. (25 Mac 2005) Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya Tajuk: “SUMBER ILMU DALAM TASAWWUF: PENGALAMAN PENGAMAL”. Anjuran : Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd. Tempat : Dewan Kuliah 7, N24, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
  10. (25 Mac, 2005) Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd, Tempat: Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bharu.
  11. (10 – 11 Januari, 2004) Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE ’04). Tajuk: “HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI)
  12. (09 – 10 Ogos, 2003) Seminar Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tempat: Allson Klana Resort Seremban Negeri Sembilan.
  13. (17 – 19 Ogos 2002) Seminar Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,
  14. Seminar Tasawwuf, Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
  15. Seminar Kefahaman Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM)
  16. Muzakarah Ulama’, Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.
  17. Seminar Kefahaman Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran: Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
  18. Seminar Solat, Tajuk: “SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya
  19. Seminar Kepimpinan UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej Kediaman Kelima UM.
  20. “AMALAN SULUK/KHALWAT DALAM TASAWWUF”
  21. (16 – 18 September, 1995) Forum Tasawwuf Islam Antarabangsa, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Ketua Lembaga Wakaf, Libya, Tempat: Tripoli, Libya

KERTAS KERJA BERKAITAN PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM 

  1. (1 Disember, 2012) Kongres Pengubatan Islam Nusantara, Tajuk: “BEDAH BATIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Anjuran Bersama: Darussyifa’, GAPPIMA dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
  2. (11 November 2012) Seminar Perubatan Islam, Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL ISLAM” Anjuran Bersama: Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Dewan Solat Utama, Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh
  3. (20 Oktober 2012) Seminar Perubatan Islam (SEPIM) Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL ISLAM” Anjuran: Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Masjid Parit Khodi, Muar, Johor Darul Takzim
  4. (21hb September, 2012) “SENARIO SIHIR DALAM MASYARAKAT MASA KINI”. Pembentangan Kertas Kerja III : “Perubatan Islam sebagai Benteng Diri Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah”Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia Tahun 2012 anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang bertempat di Hotel Regency, Kuala Lumpur.
  5. (14hb Julai, 2012) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah 2012 anjuran Persatuan Guru-Guru KAFA Zon C Negeri Sembilan Kerjasama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat  di Dewan Theatrette, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Negeri Sembilan.
  6. (13hb Mei, 2012) “PENGENALAN PERUBATAN ISLAM/TRADISIONAL ISLAM”. Seminar Perubatan Islam 2012 Anjuran Bersama United Sabah Islamic Association (USIA) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Utama USIA, Kota Kinabalu, Sabah.
  7. (30hb Mei 2012) Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Islam bertempat di Auditorium Perpustakaan Kampus Induk Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang Darul Makmur.
  8. (23hb FEBRUARI, 2012) “SATU PENGENALAN RAWATAN SPIRITUAL@TRADISIONAL ISLAM” dan “SIHIR SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Sihir Dan Undang-Undang, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bertempat di Kompleks AB, Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.
  9. (20hb Oktober, 2011) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Wacana Islam Semasa: Sihir Dan Saka anjuran Seven Layer Tranning & Consultancy Sdn Bhd bertempat di Dewan Serbaguna Podium B Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
  10. (07 Oktober 2011) “PROGRAM DISKUSI ILMIAH BERKAITAN DENGAN SIHIR” anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) bertempat di Auditorium Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.
  11. (07hb Mei, 2011) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHAS SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kefahaman Aqidah anjuran Pejabat Agama Daerah Setiu bertempat di Dewan Teater, Kolej Pendidikan Bestari Setiu, Terengganu.
  12. (06hb Mac, 2011) DISKUSI PERUBATAN ISLAM anjuran Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Kuliah USIM.
  13. (11hb Oktober, 2010) “SIHIR DAN BAHAYANYA TERHADAP MANUSIA DAN KEHIDUPAN MEREKA”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir, anjuran Kolej Antarabangsa IKIP dengan kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang Dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Yayasan Pahang.
  14. (11hb Julai, 2010) “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA”. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pemantapan Aqidah anjuran bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan AMAL Malaysia bertempat di Auditorium Pustaka Miri, Sarawak.
  15. (21 Februari 2010) “SAKA, SIHIR SANTAU: KESAN & RAWATAN”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk Halus anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bertempat di Dewan Utama USM Kubang Kerian.
  16. (27hb Jun, 2009) Kertas Kerja telah dibentangkan di Seminar Rawatan Islam yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar di Maahad Tahfiz Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  17. (01hb April, 2009) TALKSHOW PERUBATAN ISLAM anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Auditorium USIM.
  18. (03hb Mac, 2008) “GANGGUAN JIN/MAKHLUK HALUS KE ATAS MANUSIA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pendidikan anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) bertempat di Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
  19. (03hb Februari, 2008) “SAKA: KESANNYA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas Kerja dibentangkan di dalam Seminar Rawatan Islam anjuran Anjuran IQ Insan Training & Consultancy dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.
  20. (05hb Januari 2008) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, anjuran IQ Insan Training Dan Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negara.
  21. (Disember, 2007) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran anjuran Jabatan Al-Quran dan Sunnah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertempat di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
  22. (25hb Mac 2007) “METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Kertas kerja dibentangkan di dalam Seminar Perubatan Islam & Tasawwuf anjuran Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia dan Jawatankuasa Penghuni Dewan Abbasiah Kaherah Dengan Kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Yayasan Pahang dan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Mesir  bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah, Mesir.
  23. (25hb Disember, 2005) “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING”. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sehari Metafizik Islam 1 anjuran Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN) bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam, Selangor.
  24. (05hb Mei, 2004) “PANDUAN AMALAN PERUBATAN DALAM ISLAM”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam Anjuran Sekolah Pengurusan Dakwah, ILDAS bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang, Sabak Bernam, Selangor.
  25. (04hb Julai 2002) “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, anjuran Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Dr Jahid Sidek

Mantan Prof Madya Pensyarah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan APIUM

MANARAH

Pusat Rawatan Islam Manarah

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

sekitar aktiviti dan dakwah dalam dan luar negara NGO Islam di Selangor, Malaysia

%d bloggers like this: