Program Pengembangan Minda dan Lawatan Kerja Ke Vietnam 18-20 Mei, 2010

18-20 Mei, 2010 Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah menganjurkan Program Pengembangan Minda dan Lawatan Kerja ke Ho Chi Minh City Vietnam. Rombongan seramai 50 orang tersebut telah berjaya mencapai objektif dan matlamatnya, antara lain untuk mendapatkan gambaran perkembangan dakwah dan umat Islam di Vietnam, juga melihat secara dekat perjuangan dan semangat rakyat Vietnam yang bangun semula selepas peperangan serta melihat kesan sejarah peperangan. Antara lawatan Terowong Chu Chi dan Lawatan ke Masjid Jamia. Semoga peserta rombongan dan BUDI mendapat manfaat serta kesan positif dalam berpersatuan dan kehidupan.

PROGRAM PENGEMBANGAN MINDA DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HO CHI MINH CITY VIETNAM 18 – 20 MEI, 2010

Kundang, 18hb Mei, 2010 (Selasa) Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah menganjurkan rombongan Program Pengembangan Minda atau Lawatan Sambil Belajar selama 3 hari 2 malam ke Bandar Ho Chi Minh (Saigon) Vietnam. Program yang merupakan kesinambungan program lawatan ke luar negara yang telah dianjurkan sebelum ini seperti Kaherah Mesir, Istanbul Turki, Syria, Medan Indonesia, Tashkent dan Bukhara Uzbekistan dan lain-lain (kesemua kos ditanggung sendiri oleh ahli yang terlibat). Rombongan ke Vietnam ini disertai seramai 49 orang ahli yang diketuai Yang DiPertua BUDI telah berlepas dari Lapangan Terbang Airasia LCCT Sepang pada jam 2:45 petang dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Ho Chi Minh jam 4:20 petang. Rombongan mendaftar masuk menginap dengan selesa di Hotel Le Duy 4:45 pm. Hotel bertaraf 3-4 bintang ini yang menyediakan perkhidmatan WiFi percuma serta sangat selesa dengan bilik air bersaiz besar. Sebelum masuk ke bilik masing-masing ahli rombongan telah diberikan taklimat bagi perjalanan secara ringkas program 3 hari 2 malam.

18hb Mei, 2010 (Selasa) 8:30 mlm: Rombongan telah berjalan kaki sejauh 300 meter dari Hotel untuk menjamu selera di Restoran VN Muslim Halal Food. Disebabkan 49 orang ahli menjamu serentak hanya nasi goreng dan telur mata kerbau serta air buah pelbagai jenis (Buah mangga paling sedap). Harganya juga boleh tahan, setiap ahli dikenakan 6 US dollar. Selepas menikmati makan malam rombongan dibawa meninjau dan berjalan-jalan 200 meter dari restoran VN Muslim Halal Food ke pasar malam terbesar di Ho Chi Minh City. Disebabkan kepenatan tiada ramai ahli rombongan yang membeli belah, hanya membeli buah-buahan yang bersaiz besar seperti buah ciku, mangga, seri kaya (nona) dan dragon fruit. sama seperti di malaysia cuma bersaiz lebih besar. kesemuanya manis-manis belaka. 10:00 malam semua ahli telah pulang berjalan kaki ke Hotel Le Duy untuk tidur dan berehat.

19hb Mei, 2010 (Rabu) 8:30 pagi: Rombongan berkumpul di lobi hotel selepas bersarapan di bilik hotel masing-masing untuk bergerak ke Lokasi pertama. 8:30 pagi bergerak dengan bas pelancong yang selesa berhawa dingin lengkap pemandu pelancong yang mirip Chef One (kami panggil Chef Two) Lokasi pertama hari ini ialah CU CHI TUNNELS atau Terowong Cu Chi iaitu dahulunya merupakan Pusat Pemerintahan Saigon satu kawasan Zon Pemerintahan Perang yang lengkap serta strategik di bawah tanah sejauh 200 km panjang serta boleh menempatkan atau memuatkan 10,000 orang askar Vietcong dalam satu-satu masa. Vietcong ialah himpunan pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi askar simpanan menjadi tentera perang melawan Vietnam Selatan yang dibantu Amerika Syarikat.

Lawatan ke Cu Chi Tunnels dimulai dengan taklimat di Dewan Perang dengan carta dan gambarajah (ada yang menggunakan projektor atau VCD) pemandu pelancong memberikan taklimat dan perjalanan menarik bermula di sana. Kami melihat secara umum 200 km panjang terowong yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk dewan taklimat perang, bilik tidur, bilik senjata api, bilik mencipta atau memproses bom (bom yang digugurkan oleh US tetapi tidak meletup), bilik masak, terowong terus ke sungai bagi air bersih dan setiap bilik dan terowong dilengkapi sistem udara menggunakan buluh.

Alhamdulillah kesemua ahli sihat dan kami berjalan kaki untuk pengalaman yang menarik. Bermula melihat pelbagai jenis dan kaedah jerangkap samar ciptaan Vietcong dan kemudian melihat cara vietcong menyembunyikan diri ditengah hutan dan lawatan kemudian melihat beberapa lopak besar kesan tinggalan letupan bom B52 100 meter dari terowong. Melihat kaedah pembuatan bom. Masuk ke dalam terowong pendek, bukan semua ahli rombongan yang masuk kerana saiz dan keadaan yang gelap dan terpaksa merangkak atau berjalan itik (pesakit jantung dan pesakit lain tidak dibenarkan masuk). Pengalaman masuk memang menginsafkan bila mengenangkan askar vietcong yang terpaksa berada di dalam terowong sepanjang hari dan keluar ketika malam sahaja untuk berhibur. Rombongan juga dibenarkan untuk menembak menggunakan pelbagai senjata M16, AK47 dan M60 dengan bayaran 250,000 vietnam dong bagi setiap 10 butir peluru hidup. Melihat sejenis kanji yang dibuat bagi makanan vietcong yang nipis untuk makanan askar. Kemudian melihat sebuah kereta kebal US yang telah musnah serta pelbagai perkara yang lain. Mudah2an memberikan pengalaman yang menarik kepada ahli rombongan.

Untuk makluman pembaca, negara Vietnam sekarang adalah negara yang menganut fahaman komunis dahulunya dipimpin Jeneral Ho Chi Minh. Perang saudara di antara Vietnam Utara (Komunis) dan Vietnam Selatan (Kerajaan Demokrasi tajaan Amerika Syarikat) yang berakhir dengan kemenangan Vietnam Utara (Vietcong Komunis) telah mengorbankan hampir 1 juta penduduk (askar) vietnam dan 1/2 juta (500 ribu) askar Amerika Syarikat. Kerajaan Bawah Tanah yang dibina oleh Vietcong adalah simbol kegigihan perjuangan rakyat tentera Vietnam serta kejayaan mereka melawan tentera Amerika Syarikat.

2:30 petang: Rombongan dibawa dengan bas untuk Makan tengahari istimewa di Restoran Halal Shamsuddin yang menyediakan pelbagai hidangan melayu yang lazat 10 Us Dollar harganya setiap ahli dewasa sahaja. Hidangan boleh ditambah mengikut permintaan ahli. Dengan harga yang mahal ahli rombongan dapat menikmati hidangan yang enak dan memuaskan hati. (Kalau berkunjung ke Vietnam jangan lupa untuk makan di restoran ini). Perkhidmatan lain yang disediakan ialah penghantaran makanan ke Hotel dengan caj 50,000 vietnam dong setiap penghantaran. Ahli rombongan telah memesan bagi makanan malam dan sarapan pagi untuk dihantar terus ke bilik hotel. Antara menu paling popular ialah Nasi Lemak yang istimewa 5 lauk (Daging, Sotong, Udang, Ikan Bilis serta Timun dan Nasi yang sedap) dengan harga 3 US Dollar sahaja. Mahal-mahal kan makanan halal di Vietnam… jadi bagi pembaca yang ingin ke Vietnam jangan lupa bawa makanan segera lain.

20hb Mei, 2010 (Khamis): 8:30 pagi rombongan berkumpul dan menaiki Teksi Toyota Vios dan Innova 2 US Dollar ke Masjid Besar Jami di Ho Chi Minh City bagi bertemu Imam Yuossof untuk mendengar dan bersoaljawab berhubung perkembangan Islam dan pelbagai masalah dan perjalanan hidup seorang muslim di Vietnam. Masjid yang digunakan lebih 5000 orang muslim dan ketika Jumaat. Sesi temubual dan perbincangan juga diakhiri dengan pemberian sumbangan Ikhlas dari Persatuan dan ahlinya RM1,500.00 atau lebih (kerana ada yang menyumbang menggunakan wang vietnam dong dan US Dollar) bagi kegunaan dakwah dan perkembangan Islam di sekitar Masjid tersebut.

4:20 petang: sebahagian ahli rombongan 10 orang telah berlepas ke Malaysia dan 7:00 petang 39 orang berlepas ke Malaysia. Alhamdulillah semoga matlamat dan kesan pengalaman positif dapat diperolehi oleh setiap ahli di sana.

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 18 APRIL, 2010

Biro Dakwah, Kursus dan Seminar BUDI akan menganjurkan
Seminar Perubatan Islam (SEPIM) 2010 dengan kerjasama Pengurusan Masjid Sultan Hishamuddin Abdul Aziz Shah Pulau Indah Klang seperti maklumat berikut:

SEPIM di PULAU INDAH, KLANG, SELANGOR
Seminar : SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2010
Tarikh/Hari : 18hb April, 2010 (Ahad)
Masa : 8:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, 42920 Pulau Indah Klang, Selangor
Pendaftaran : TERBUKA 200 orang peserta
Yuran : PERCUMA

Kepada yang berminat sila berikan nama penuh, No. K/P dan No. Telefon Bimbit dan SMS ke 019-3888083 atau email ke abadiana@gmail.com dengan tajuk PENDAFTARAN SEPIM 2010

Tentatif Program:

08:00 – 08:30 am : Pendaftaran Peserta
08:30 – 08:45 am : Perasmian SEPIM 2010
08:45 – 10:00 am : Pembentangan Kertas Kerja 1
SIHIR: CIRI-CIRINYA, KESAN DAN AMALAN PENDINDING
TG Dr Hj Jahid bin Hj Sidek, Pengasas dan Pakar PRIM
10:00 – 10:30 am : Rehat dan Minum Pagi
10:30 – 12:15 pm : Pembentangan Kertas Kerja 2
SAKA: CIRI-CIRINYA, KESAN DAN KAEDAH RAWATAN
TG Dr Hj Jahid bin Hj Sidek, Pengasas dan Pakar PRIM
12:15 – 01:00 pm : Soal Jawab
: Bersurai

2:30 pm – 4:00 pm – KLINIK PRIM bagi pemeriksaan dan rawatan

SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2010

Biro Dakwah, Kursus dan Seminar BUDI akan menganjurkan

Seminar Perubatan Islam (SEPIM) 2010 seperti maklumat berikut:

SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Seminar : SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2010
Tarikh/Hari : 28hb Mac, 2010 (Ahad)
Masa : 8:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Simpang Lima Sg Besar
Pendaftaran : TERBUKA 300 orang peserta
Yuran : PERCUMA

Kepada yang berminat sila berikan nama penuh, No. K/P dan No. Telefon Bimbit dan SMS ke No. 019-6187347 atau 019-3888083 atau email ke abadiana@gmail.com dengan tajuk PENDAFTARAN SEPIM 2010

Tentatif Program:

08:00 – 08:30 am : Pendaftaran Peserta
08:30 – 08:45 am : Perasmian SEPIM 2010
08:45 – 10:00 am : Pembentangan Kertas Kerja 1
SIHIR: CIRI-CIRINYA, KESAN DAN AMALAN PENDINDING
TG Dr Hj Jahid bin Hj Sidek, Pengasas dan Pakar PRIM
10:00 – 10:30 am : Rehat dan Minum Pagi
10:30 – 12:15 pm : Pembentangan Kertas Kerja 2
SAKA: CIRI-CIRINYA, KESAN DAN KAEDAH RAWATAN
TG Dr Hj Jahid bin Hj Sidek, Pengasas dan Pakar PRIM
12:15 – 01:00 pm : Soal Jawab
: Bersurai

2:30 pm – 4:00 pm – KLINIK PRIM bagi pemeriksaan dan rawatan

8:00 pm – 9:30 pm – CERAMAH PERDANA

di Masjid Nurul Falah Jalan Tali Air 5 Sg Leman ( 2KM drp Pekan Sekinchan)

Sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat Daerah Muar

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Muar

The 1431H Maulidur Rasul Celebrations for Muar District level will be held in Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar on 26th February 2010 at 8.30 am. The guest speaker is Prof Dr. Hj. Jahid bin Hj Sidek; who is also an independent lecturer.

Pengurusan & Penghuni Istana BUDI mengikuti Diskusi Kefahaman Islam

Shah Alam – Bagi memberi pendedahan kepada asnaf Riqab mengenai kepentingan Maal Hijrah dalam mendidik jiwa menjadi insan yang beriman dan bertaqwa, satu Diskusi Kefahaman Islam Sempena Sambutan Maal Hijrah 1431H telah diadakan di Dewan Cempaka Sari, De Palma Hotel pada 18 Februari yang lalu anjuran Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS.


Program ini telah dihadiri seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelatih dan pengetua rumah kebajikan di negeri Selangor bertujuan memantapkan diri dalam membentuk sahsiah diri yang utuh di samping meningkatkan kesedaran di kalangan asnaf Ar-Riqab melalui pengalaman konsep wasatiyyah dalam membentuk pembangunan fizikal dan spiritual yang seimbang. Selain itu, para peserta diberi pendedahan mengenai peristiwa penghijrahan Rasullullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah Al- Munawwarah melalui penyuburan tradisi ilmu dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.


Diskusi ini disampaikan oleh 2 orang panel yang dijemput khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Shafik yang membincangkan topik “Hijrah dan Kesannya Terhadap Rohani”. Manakala sebelah petang pula disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazmi bin Abdul Karim bertajuk “Rasulullah S.A.W Ikutan Sepanjang Zaman”. Di akhir setiap diskusi diadakan sesi soal jawab bagi membincangkan persoalan yang diutarakan oleh peserta berkaitan kefahaman Islam.

Rumah kebajikan yang hadir dalam program ini terdiri daripada rumah yang menempatkan anak yatim, warga emas, bekas penagih dadah, wanita bermasalah, ibu tunggal dan pesakit Aids. Antara rumah kebajikannya iaitu Pusat Perlindungan Pesakit HIV Istana Budi, Rumah Pengurusan Anak-anak Yatim Damai, Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, PROKIM Malaysia, Pertubuhan Penawar Warisan Rumah Teduhan Kasih dan PENAMA.

SEMPENA MAULIDUR RASUL 1431H

The Zikr – Rasulullah.mp3

Rasulullah dalam mengenang mu
kami susuli lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran

engkau taburkan perjuanganmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

tak terjangkau tinggi pengertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesunguhnya engkau rasul mulia

tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang paji kemenangan
terukir namamu di dalam al-quran

rasullulah kami umatmu
walau tak pernah melihat wajahmu
kami cuba mengingatimu
dan kami cuba mengamal sunahmu…..

kami sambung perjuanganmu
walau kami dicaci dihina
tapi kami tak pernah kecewa
ALLAH DAN RASUL sebagai pembela…

tak terjangkau tinggi pengertimu
tidak tergambar indah akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesunguhnya engkau rasul mulia

tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang paji kemenangan
terukir namamu didalam al-quran

Rasulullah dalam mengenang mu
kami susuli lembaran sirahmu
patih getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran

Pusat rawatan tradisional Islam USM

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 21 Feb. – Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.

Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.

Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.

Justeru, katanya, kaedah perubatan Islam boleh diikhtiarkan bersama rawatan moden.

“Saya jumpa ramai pengamal perubatan Islam yang beritahu sering ditohmah dengan pelbagai sindiran daripada kalangan yang sangsi dengan rawatan bukan saintifik.

“Jadi sekarang kita ambil inisiatif mengangkat dan mengembangkannya ke institusi pengajian tinggi bagi memberi imej baru dengan kaitan aspek ilmiah,” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di Dewan Utama USM Kubang Kerian di sini semalam.

Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, pegawai perubatan, kakitangan hospital dan orang awam hadir mengikuti seminar sehari itu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud dan wakil Pengarah Jaheik, Mohd. Suhaimi Mohamed.

Tiga kertas kerja dibentangkan Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Selangor, Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi dan wakil daripada Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darus Syifa’) cawangan Kelantan, Zaki Ya.

Nasiron berkata, pusat rawatan tradisional itu dikendalikan pegawainya sendiri dan mempunyai empat pembantu khusus dan ia akan dikembangkan di kampus USM di sini pada masa akan datang.

Katanya, walaupun pusat rawatan di kampus Pulau Pinang itu hanya dilancarkan awal Mac ini, sudah ramai yang datang mengunjungi dan mendapat rawatan di situ tidak kira kakitangan USM sendiri atau orang luar termasuk golongan atasan.

Menurut beliau, kecanggihan dalam rawatan moden mampu merawat pelbagai penyakit kronik namun ia mempunyai keterbatasan dalam merawat penyakit berkaitan rohani.

“Penyakit yang berpunca daripada gangguan halus adalah sesuatu yang nyata berlaku dalam masyarakat dan kita tidak perlu berasa malu dan mahu menyembunyikannya.

“Rawatan yang menggunakan doa dan ayat al-Quran bukan saja bertujuan menyembuhkan daripada gangguan bahkan mempunyai objektif mentarbiah agar masyarakat kembali kepada landasan agama,” katanya.

Katanya, jumlah doktor dan pakar perubatan yang ramai di sini, beliau percaya pusat serupa akan lebih cepat berkembang lebih-lebih lagi dengan adanya kluster perubatan komplimentari yang membuat kajian tentangnya.

Jelasnya, sudah ada cadangan kemasukan rawatan alternatif sebagai salah satu sukatan dalam pembelajaran jurusan perubatan cuma pelaksanaannya akan mengambil masa.

“Buat masa ini, pihak universiti akan mengambil inisiatif merakam seminar seperti hari ini contohnya dan pelajar boleh mengaksesnya sebagai sebahagian proses e-pembelajaran.

“Sebenarnya ramai pakar perubatan sudah menyedari dan yakin apabila digabungkan rawatan moden dengan rawatan Islam, proses penyembuhan pesakit sebenarnya akan menjadi lebih cepat dan mujarab kerana ayat al-Quran itu sendiri adalah penyembuh,” katanya.