Diskusi Ilmiah Berkaitan Ilmu Sihir

http://www.islam.gov.my/diskusi-ilmiah-berkaitan-ilmu-sihir

Diskusi Ilmiah Berkaitan Ilmu Sihir

Tarikh : Oktober 7, 2011 – 9:27pm
Editor : mohdrizal

7 Oktober 2011 (Jumaat) – Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah mengadakan Program Diskusi Ilmiah berkatian dengan Sihir di Auditorium Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar.Seramai 410 orang peserta dari pelbagai agensi dan jabatan telah menghadiri program.Turut Hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) Encik Mohamed Zahari bin Razali dan Ustaz Hamdan bin Jar’ee selaku wakil Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak.Ceramah ini telah disampaikan oleh Y. Bhg Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek (Yang di Pertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia) dan Y.Bhg. Dr Mahyudin bin Ismail Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Pahang (IKIP).

This slideshow requires JavaScript.

CERAMAH UMUM BERKAITAN SIHIR & PERMASALAHAN (TOUR DE KUCHING)

Program Ceramah Umum ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak khusus untuk 400 pegawai dan kakitangan Persekutuan pada 7 Oktober 2011 di Auditorium, Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Persekutuan Kuching.

Berikut tentatif penuh program di Kuching bermula 6-9 Okt secara umum:

Khamis (6/10)

7.00 mlm: Ceramah tentang gangguan jin dan ancaman sihir di Sek Men Petra Jaya

Jumaat (7/10)

8.00 pg : Ceramah Umum tentang gangguan jin dan ancaman sihir di SUK Sarawak utk 400 kakitangan dan pegawai kerajaan

2.00 ptg: Ceramah Umum tentang gangguan jin dan ancaman sihir di HIKMAH utk golongan dewasa

7.00 mlm: Ceramah Umum tentang gangguan jin dan ancaman sihir di Sek Men Agam TUNAZ (Sek elit Sarawak)

Sabtu (8/10)

8.00 pg : Ceramah Umum tentang gangguan jin dan ancaman sihir di Sek. Men. Sains Kuching utk guru dan pelajar

7.00 mlm: Ceramah Umum tentang gangguan jin dan ancaman sihir di Masjid At-Taqwa, Kuching

Ahad (9/10)
Sesi Pemeriksaan & Rawatan Kaedah Rawatan Refleksologi Islam Pusat Rawatan Islam Manarah. 10:00 pagi hingga 1:00 petang. (Lokasi Akan diberitahu kelak) sesiapa yang berhajat boleh hubungi perawat yang akan diberitahu semasa Seminar Dan Ceramah.

Bertolak balik ke KL jam 4.00 pm.

LAPORAN SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH 2011 MIRI, SARAWAK

LAPORAN SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH 2011 MIRI, SARAWAK

Seminar ini telah diadakan pada 24 September 2011 bertempat di Kelab Rekreasi Petroliam Lutong, Miri bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Penyertaan seminar adalah terbuka dan percuma kepada seluruh masyarakat Islam Miri. Beberapa surat jemputan khusus juga telah dihantar seperti ke sekolah, Jabatan Agama Islam Sarawak, Polis Diraja Malaysia dan beberapa jabatan kerajaan yang lain. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mendapatkan kefahaman dalam usaha menangani amalan-amalan khurafat dalam perubatan.

Pendaftaran program dibuka seawal jam 8.00 pagi . Dua tempat mendaftar telah disediakan untuk lelaki dan perempuan. Para peserta dikehendaki menulis nama, nombor telefon dan email semasa mendaftar dan peserta diberi kertas kerja, brosur Persatuan Bina Budi dan borang maklumbalas program. Seramai 120 orang telah mendaftar sebagai peserta.

Program bermula pada pukul 8.35 pagi dengan ucapan alu – aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Ustaz Ahmad Naja’ b. Mokhtar . Seterusnya Pengerusi Majlis memperkenalkan kepada hadirin mengenai Persatuan Bina Budi Malaysia dari segi tarikh penubuhan, aktiviti dan sebagainya dan disusuli dengan tayangan video aktiviti persatuan. Sebelum pembentangan dimulakan pengerusi memperkenalkan latar belakang pembentang kertas kerja Yang Berbahagia Tuan Guru Dr. Syeikh Hj. Jahid b. Hj. Sidek al – Khalidi.

Tuan Guru mula membentangkan kertas kerja bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Setelah itu, para peserta diberi peluang untuk bertanya kepada Tuan Guru berkaitan kefahaman kertas kerja atau apa – apa masalah berkaitan sihir.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh penyelaras program Ustaz Syahrun bin Yahya kepada Tuan Guru sebagai tanda penghargaan dari urusetia dan para peserta program. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengurusan dan penyertaan yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

ANALISA MAKLUMBALAS PESERTA

Pihak urusetia telah menerima 60 borang maklumbalas dari peserta . Keseluruhan maklumbalas yang diterima, peserta amat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Berikut adalah antara cadangan yang diberikan :

  1. Memanjangkan masa program hingga ke petang.
  2. Mengadakan demonstrasi cara perubatan.
  3. Memberi peluang kepada peserta membuat rawatan.
  4. Mengadakan seminar di dewan curam(teater) supaya mudah lihat penceramah.
  5. Membentangkan bentuk – bentuk tangkal azimat masakini.
  6. Menyediakan jamuan rehat.
  7. Menyediakan masa rehat.
  8. Menganjurkan program dengan Jabatan Agama agar dapat disebarluaskan.

Yang benar ,
Ustaz Syahrun bin Yahya
Penyelaras Seminar Kefahaman Aqidah 2011
Miri, Sarawak.

CERAMAH PERDANA@MASJID JAMEK AL-AMIN TAMBUN IPOH

CERAMAH PERDANA
Muhasabah Ramadhan & Syawal 1432H
Tarikh/Hari: 29hb September, 2011 (Khamis)
Masa: 7:30 malam hingga 9:00 malam
Tempat: Masjid Jamek al-Amin, Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Penceramah: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi

Tambun, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) menghantar 30 ahli mengiringi penceramah selaku YDP BUDI telah menghadiri Ceramah Perdana di sebuah Masjid Jamek Al-Amin Tambun. Seramai lebih kurang 350 orang jemaah menanti dan bersama mendengar dan mengamati ceramah tersebut. Alhamdulillah program berjalan lancar dan mencapai objektifnya hingga ke akhirya. Pihak BUDI mengucapkan jutaan penghargaan kpd Pihak pengurusan masjid atas kesudian menjemput. Majlis diakhiri dengan jamuan nasi beryani.

KULIAH DHUHA
Muhasabah Ramadhan & Syawal Serta Rawatan dan Perubatan Islam
Tarikh/Hari: 30hb September, 2011 (Jumaat)
Masa: 8:30 pagi hingga 10:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Penceramah: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها وَلَهُم ءاذانٌ لا يَسمَعونَ بِها ۚ أُولٰئِكَ كَالأَنعٰمِ بَل هُم أَضَلُّ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الغٰفِلونَ
الأعراف ١٧٩

20110930-102932.jpg

Sekitar Aktiviti Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH 2011 MIRI SARAWAK

Anjuran: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

Tajuk: “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”

Pembentang: TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK AL-KHALIDI

Tarikh/Hari: 24HB SEPTEMBER, 2011 (SABTU)

Masa: 8:30 AM – 1:00 PM

Tempat: AUDITORIUM PUSTAKA MIRI SARAWAK

Contact Person: USTAZ SYAHRUN 013-8012238 email: syahrun79@yahoo.com

 

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR 2011

Pembentang : YBHG TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI
Tajuk : “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”
Tarikh : 31HB JULAI, 2011 (AHAD)
Masa : 8:30 PAGI – 1:00 PETANG
Tempat : DEWAN KULIAH, MASJID AR-RAHIMAH, KUALA KUBU BHARU
Pendaftaran : PERCUMA & TERBUKA

Untuk pendaftaran sila SMS: SEPIM (Daerah?) Nama Penuh, No. K/P dan Institusi ke 019-4518873 (Ustaz Hj Abadi) atau Faks

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DAERAH GOMBAK 2011

Pembentangan  : YBHG TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Mantan Pensyarah (Prof Madya) Akademi
Tajuk : “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”
Tarikh : DITANGGUHKAN SELEPAS RAYA… (akan diberitahu kelak)
Masa : 8:30 PAGI HINGGA 1:00 PETANG
Tempat : DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID AL-AMANIAH BATU CAVES GOMBAK SELANGOR
Pendaftaran : PERCUMA & TERBUKA
Tema : “MEMELIHARA AQIDAH DAN BERUSAHA MENJAUHI AMALAN SYIRIK DALAM USAHA MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT”

Untuk pendaftaran sila SMS: SEPIM (Daerah?) Nama Penuh, No. K/P dan Institusi ke 019-4518873 (Ustaz Hj Abadi) atau Faks

SEMINAR KEFAHAMAN TAREKAT TASAWWUF

This slideshow requires JavaScript.

Pembentang: YBHG TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI

Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP DAN KEUTAMAAN TAREKAT TASAWWUF”

Tarikh/Hari: 24HB JULAI, 2011 (AHAD)

Masa: 8:30 AM HINGGA 1:00 PM

Tempat: DEWAN PERPADUAN KAMUNTING, KG EXPO KAMUNTING TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN